KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg
oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg
Malam tadi setelah keluar dari masjid
seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya
berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan
malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh
dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh.
Saya memilih untuk duduk di salah sebuah
meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang
di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang
saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula
seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya
wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,
“Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh..”
“Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk..” jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.
Kemudian pelayan datang kepadanya dan
dia hanya memesan ‘fresh orange’ untuk minuman. Apabila pelayan pergi
saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, “Kamu
seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?”
Dia mengangkat wajahnya dari telefon
pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, “Oh saya dari
Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan..”
“Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu
sedang ‘famous’ dengan tarian Gangnam Style..” jawab saya spontan
bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata
gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya
di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri
melayan sesuatu dari telefon pintarnya.
“Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu
tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya
diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu.” jawabnya dengan nada yang tegas
dan berani.
“Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu..” jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
“Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?” tanya gadis kembali itu kepada saya.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
“Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?” tanya gadis kembali itu kepada saya.
“Jika kamu berminat untuk bercerita
kepada saya, saya akan mendengarnya…” jawab saya dengan tenang sambil
mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
“Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini..” jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
“Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini..” jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
Saya hanya mengangguk-angguk sambil
mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut
walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih
menepati Sunnah Rasulullah SAW.
“Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan.” kata gadis itu kembali.
“Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya.” jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.
“Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya.” jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.
Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,
“Di Gangnam ada satu pertandingan pelik
yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan
simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda
yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba
nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja
untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan
dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah
besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan
tersebut.”
Kemudian dia diam lagi… kali ini dia pula meminum minuman ‘fresh orange’.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
“Ok, kemudian..?” tukas saya lagi ingin tahu.
“Ok, kemudian..?” tukas saya lagi ingin tahu.
“Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan
keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya
akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang
berlaku..” sambungnya lagi.
“Iya, sila sambung lagi… saya memang ingin tahu tentangnya.” balas saya lagi.
“Ok… Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter..”
“Ok… Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter..”
“Setelah sampai di sana mereka disambut
oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya
ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia
seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu
pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para
peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama
sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan
dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan
berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya
dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil
disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka
tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya
tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak.”
Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…”
“Ok, kemudian.. apa yang berlaku?” tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
“Ok, kemudian.. apa yang berlaku?” tanya saya mencelah dengan rasa teruja.
“Satu ketika di salah satu trek, para
peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah
sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di
bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula
menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil
menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis
mereka.”
“Ramai perserta ketika itu yang terjatuh
ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang
terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki.
Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan
ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk
berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para
gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan.”
“Yang lebih keji daripada itu, mereka
yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan
sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat
mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua
orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan
30 orang gadis yang menyertainya… saya dikhabarkan walaupun dua gadis
itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh
ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti
hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak… hanya
menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka
sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana
tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari
kemungkinan mereka akan dibunuh.”
Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak… wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,
“Hey, please don’t cry here… people will
look to us. Please calm down. I’m sorry so much to make you telling me
this story…” kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.
Namun saya membiarkannya dengan
keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya,
“Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya
minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis.
Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang
sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini..”
Ia ok… ia ok… ia ok… (sambil mengesat
air matanya dengan sapu tangan miliknya)… maafkan saya kerana tiba-tiba
bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana
pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah
adik perempuan saya sendiri… Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa
saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama
berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia.”
Pada waktu ini dia kembali diam beberapa
minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia
menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,
“Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang
anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila
orang-orang kaya Korea.”
“Sejurus selepas tamat pertandingan
tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik
saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya
dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia
mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan
ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun
meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya
bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya… dan akhirnya
selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada
saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis
macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup
menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai
gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah
pilihan adik saya sendiri.”
“Beberapa minggu kemudian ibu saya
membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji.
Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya
ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula
selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya
meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih
mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar
saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia
mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan
orang yang beriman tidak akan berputus asa.”
“Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?” saya mencelah ceritanya.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada
Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam
di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula
bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya
menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya
pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang
seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali
menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini
tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat
tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang
di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli
pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah
seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya.”
Kini suara gadis itu kembali gagah
seraya berkata, “Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan
dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya
kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia
terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua
telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan.”
Setelah itu dia diam dan meminum minumannya…
“Kisah kamu amat menarik tetapi
menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi
pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?”
ujar saya kembali kepadanya.
“Lupakan sahajalah, saya sudah
melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa
orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang
peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti
yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang
mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia
tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah
menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya
berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya
mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya
daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat
kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini
kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada
umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain.
Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia
akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di
istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya
kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah
pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah
kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur
hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak.
Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan
peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud
monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri
kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu
apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita.” jawabnya lagi dengan
panjang lebar yang sarat dengan hujah.
“Oh, ok… ianya sesuatu yang gila pernah
saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di
Malaysia? Dan… apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi…
bilakah peristiwa sedih itu berlaku?” tanya saya bertubi-tubi kepadanya
dengan rasa ingin lebih tahu.
“Kamu agak saya berumur berapa…?”
“Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu.”
“Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu.”
“Kisah sedih itu hanya berlaku pada
tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah
kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan
saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa
Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari
Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami
rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di
kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya
berterus-terang dengan nada jujur.
“Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia
tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam.
Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat
menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam
untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya…” kata saya lagi
kepadanya sambil mengangguk-angguk.
“Sudah tentu…! Suatu hari nanti semua
orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar
Gangnam yang dilaknat itu!” tukasnya dengan nada yang keras.
“Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka.”
“Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka.”
“Whoa… kamu nampaknya sangat marah
dengan Gangnam…” balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan
menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
“Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan..” balasnya pantas kepada saya.
“Tidak, tidak… saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani.” balas saya kembali untuk menenangkannya.
“Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?” tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.
“Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan..” balasnya pantas kepada saya.
“Tidak, tidak… saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani.” balas saya kembali untuk menenangkannya.
“Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?” tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.
“Hahaha, saya masih belum bersuami dan
saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke
sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir
atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak
tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil
dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan
saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa
Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur.”
jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.
“Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur.” jawab saya.
“Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria… saya bertuah bertemu dengan kamu.” tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
“Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria… saya bertuah bertemu dengan kamu.” tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.
Sesampainya di sini perbualan kami mula
bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta
topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga
bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya
sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.
Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00
malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan
kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar
segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah
dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh
imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi
mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada
orang belanja.
Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai
manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini
Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak
tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku
kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya
bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini
kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri.
Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik
kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita
mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Apa yang saya suka kongsi satu
iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan
menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup
meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari
bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia
bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan
menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih
ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal.
Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki
asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya,
tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah
seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa
dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya
sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid
yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di
sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para
pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah
tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki
diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah
sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa
manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya
seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.
Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah,
saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka
dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah
anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.
Di dalam hati saya sepanjang pulang,
“Allahu Rabbi…. alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.” Sambil kaki
saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua
tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka
menunduk ke arah tanah…
Sehingga saat ini saya masih tetap
berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar
berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah
gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas
atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang
tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga
mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang
dilindungi oleh orang-orang besar.
Allahu Allah, betapa teruknya manusia
menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini… Ya Allah, selamatkanlah
kami di dunia dan di akhirat…
[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]
-yk-copas dari http://www.myberita.com/kisah-benar-secebis-cerita-duka-dari-gangnam/